Selamat Datang
Chamil Wariya adalah pengarang buku hal ehwal semasa paling prolifik Malaysia. Beliau juga merupakan seorang wartawan sejati.
Memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet pada pertengahan 1971 dan bersara pada Disember 2007.
36 tahun dalam bidang kewartawanan/penulisan telah membawa Chamil menjelajah dunia media cetak – akhbar dan majalah; media elektronik – radio dan televisyen. Beliau merupakan antara segelintir yang berpengalaman dalam kewartawanan cetak, elektronik dan penulisan buku.
Pernah berkhidmat dengan Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Suara Rakyat, Suara Merdeka, majalah bulan Sarina; kemudian menyertai BBC World Service di London sebagai wartawan radio, kembali berkhidmat dengan Kumpulan Utusan sebelum berhijrah ke TV3 pada 1988.
Antara 1984 hingga 1998, beliau bertindak sebagai pengacara program mingguan Wawancara, TV1, kini RTM1.
Pernah mengajar dua kali di Universiti Malaya pada sesi akademik 1988/1989 dan 2007.
Kini beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Kuala Lumpur.
|